Cute Pink Cloud

Selasa, 25 Oktober 2011

Polimer


polimer

·        Polimer ialah rangkaian atom yang panjang dan berulang-ulang dan dihasilkan daripada sambungan beberapa molukel lain yang dinamakan monomer.
·        Monomer-monomer ini mungkin serupa, atau mungkin juga mempunyai satu atau lebih kumpulan kimia yang diganti.
·        Perbezaan-perbezaan ini boleh mempengaruhi sifat-sifat polimer seperti keterlarutan, kebolehan untuk dilenturkan atau kekuatan.
·        Dalam protein, perbezaan-perbezaan ini membolehkan polimer menjadi suatu struktur tertentu, bukannya menjadi lingkaran rawak.
·        Sungguhpun kebanyakan polimer ialah polimer organik, terdapat juga polimer inorganik, yang juga dikenali sebagai polimer sintetik.
·        Istilah polimer merangkumi kumpulan molekul yang besar, termasuk protein dan gentian Kelvar yang mempunyai kekuatan tinggi.
·        Satu sifat yang membezakan polimer daripada molekul besar lain adalah pengulangan unit-unit atom (monomer) dalam rangkaian.
·        Hal ini berlaku ketika proses pengpolimeran, di mana banyak molekul monomer bersambung antara satu sama lain. Contohnya, dalam proses pembentukan polietena, ribuan molekul etena bersambung untuk menjadi lingkaran -CH2- berulang.
·        Lazimnya, polimer dinamakan daripada unit monomernya. Istilah polimer berasal daripada perkataan Yunani polus yang bermakna "banyak" dan meris yang bermakna "bahagian".
·        Oleh sebab polimer-polimer dibezakan dengan monomer-monomer utamanya, rangkaian polimer dalam sesuatu bahan biasanya tidak sama panjang; tidak seperti molekul-molekul lain di mana setiap atom mempunyai jisim molukel relatif yang sama.
·        Kejadian ini berlaku kerana rangkaian polimer hanya berhenti berlingkaran selepas pemanjangan rangkaian yang berlaku pada selang masa rawak.
·        Protein ialah polimer yang terdiri daripada asid amino. Daripada sedozen sehingga beberapa ratus monomer, yang terdiri daripada kira-kira dua puluh jenis, membentuk rangkaian polimer protein, urutan monomer menentukan bentuk dan aktiviti protein yang terbentuk.
·        Tidak seperti pembentukan polyetena, yang berlaku serta-merta dengan keadaan-keadaan tertentu, penghasilan biopoli seperti protein dan asid nukleik memerlukan mangkin.
·        Sejak tahun 1950-an, mangkin telah membolehkan penghasilan polimer sintetik berlaku. Dengan mengawal tindak balas proses penghasilan polimer, polimer dengan sifat-sifat baru, seperti polimer yang boleh menghasilkan cahaya berwarna dapat dihasilkan.





Rajah 1-monomer dan polimer


1 ulasan:

  1. Casino 2021 - Mapyro
    Mapyro 거제 출장마사지 has over 3,500 slot machines 경기도 출장마사지 and the largest selection of video poker in the country. 제주도 출장안마 There are slots, table 군포 출장샵 games, and live dealer 광주광역 출장마사지

    BalasPadam