polimer
· Polimer ialah rangkaian atom yang panjang dan berulang-ulang dan dihasilkan daripada sambungan beberapa molukel lain yang dinamakan monomer.
· Monomer-monomer ini mungkin serupa, atau mungkin juga mempunyai satu atau lebih kumpulan kimia yang diganti.
· Perbezaan-perbezaan ini boleh mempengaruhi sifat-sifat polimer seperti keterlarutan, kebolehan untuk dilenturkan atau kekuatan.
· Dalam protein, perbezaan-perbezaan ini membolehkan polimer menjadi suatu struktur tertentu, bukannya menjadi lingkaran rawak.
· Sungguhpun kebanyakan polimer ialah polimer organik, terdapat juga polimer inorganik, yang juga dikenali sebagai polimer sintetik.
· Istilah polimer merangkumi kumpulan molekul yang besar, termasuk protein dan gentian Kelvar yang mempunyai kekuatan tinggi.
· Satu sifat yang membezakan polimer daripada molekul besar lain adalah pengulangan unit-unit atom (monomer) dalam rangkaian.
· Hal ini berlaku ketika proses pengpolimeran, di mana banyak molekul monomer bersambung antara satu sama lain. Contohnya, dalam proses pembentukan polietena, ribuan molekul etena bersambung untuk menjadi lingkaran -CH2- berulang.
· Lazimnya, polimer dinamakan daripada unit monomernya. Istilah polimer berasal daripada perkataan Yunani polus yang bermakna "banyak" dan meris yang bermakna "bahagian".
· Oleh sebab polimer-polimer dibezakan dengan monomer-monomer utamanya, rangkaian polimer dalam sesuatu bahan biasanya tidak sama panjang; tidak seperti molekul-molekul lain di mana setiap atom mempunyai jisim molukel relatif yang sama.
· Kejadian ini berlaku kerana rangkaian polimer hanya berhenti berlingkaran selepas pemanjangan rangkaian yang berlaku pada selang masa rawak.
· Protein ialah polimer yang terdiri daripada asid amino. Daripada sedozen sehingga beberapa ratus monomer, yang terdiri daripada kira-kira dua puluh jenis, membentuk rangkaian polimer protein, urutan monomer menentukan bentuk dan aktiviti protein yang terbentuk.
· Tidak seperti pembentukan polyetena, yang berlaku serta-merta dengan keadaan-keadaan tertentu, penghasilan biopoli seperti protein dan asid nukleik memerlukan mangkin.
· Sejak tahun 1950-an, mangkin telah membolehkan penghasilan polimer sintetik berlaku. Dengan mengawal tindak balas proses penghasilan polimer, polimer dengan sifat-sifat baru, seperti polimer yang boleh menghasilkan cahaya berwarna dapat dihasilkan.
Rajah 1-monomer dan polimer