Cute Pink Cloud

Sabtu, 29 Oktober 2011

kesan terhadap alam sekitar


Kesan pembuangan bahan buatan polimer sintetik terhadap alam sekitar
1.   Polimer sintetik adalah tidak terbiodegradasi (tidak terurai oleh mikroorganisma).
2. Pembuangan bahan buatan polimer sintetik secara sewenang-wenangnya seperti plastik kea lam sekitar telah menyebabkan pencemaran.
3. Kesan pembakaran dan pembuangan secara sewenang-wenangnya bahan buatan polimer sintetik terhadap alam sekitar adalah seperti berikut :
a) Pembakaran polimer sintetik
v Membebaskan bahan pencemar yang membahayakan kesihatan seperti asap, gas yang beracun dan menghakis misalnya sulfur dioksida pencemar-pencemar yang menyebabkan hujan asid dan kesan rumah hijau.
b) Pembuangan sewenang-wenangnya polimer sintetik
v Merosakkan keindahan alam.
v Menyebabkan banjir kilat semasa hujan lebat.
v Mengancam hidupan laut seperti penyu yang termakan polimer sintetik seperti plastik.

4. Cara yang paling baik untuk menguruskan barangan buatan polimer sintetik terpakai adalah dengan mengitarnya semula.
5. Selain itu, plastik jenis terbiodegrasi boleh digunakan untuk mengurangkan pencemaran alam.




kesan rumah hijau

hujan asud

plastik

penyu

asap

banjir kilat

tong kitar semula

kitar semula

penggunaan polimer sintetik

Penggunaan polimer sintetik
1.   Polimer sintetik digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian kita.



Jenis polimer
Penggunaan
Politena
Membuat baldi, beg plastic, baju hujan, filem, mangkuk, dan tong sampah.
Polivinil klorida (PVC)
Membuat paip air, kabel elektrik, tikar, piring hitam, dan penyangkut baju.
Polipropena
Membuat tali, botol, kerusi, bekas minuman, dan permaidani.
Perspeks
 Membuat cermin kereta, cermin tingkap kapal terbang dan kanta cermin mata (alat optik)
Nilon
Membuat tali, langsir, stoking, dan baju.
polistirena
Membuat kotak pembungkus, butang dan papan kenyataan.
Terilena
Membuat barangan tekstil-seperti baju dan kain.

Jadual – aplikasi polimer sintetik

baju hujan

piring hitam

permaidani

cermin tingkap kapal terbang

stoking

papan kenyataan

baju dan kain 

2.   Polimer sintetik seperti plastic, gentian sintetik, dan getah sintetik telah digunakan untuk menggantikan pelbagai barangan semula jadi seperti kapas, kaca, logam, kayu dan batu.

Bahan semula jadi digantikan oleh sintetik
Kelebihan polimer sintetik berbanding sebatian semula jadi
Kapas dan sutera
Lebih kuat, tahan lama, tahan kotor dan tidak mudah renyuk.
Ketas
Kalis air, tidak mudah reput atau koyak.
Kayu
Tidak mudah reput.
Kaca dan seramik
Tidak mudah pecah.
Logam
Lebih ringan, tidak mudah terhakis, lebih mudah dibentuk dan diwarnakan.
Marmar
Lebih murah.
Jadual – kelebihan polimer sintetik yang digunakan untuk menggantikan sebatian-sebatian semula jadi.

                            kapas


kertas
kayu




logam

seramik

gua batu marmar

Polimer Sintetik

Polimer sintetik

1.   Polimer sintetik (tiruan) ialah polimer buatan manusia yang dihasilkan daripada bahan kimia secara pempolimeran.
2. Plastic, gentian sentetik dan getah adalah tiga contih polimer sintetik.
3. Pempolimeran terbahagi kepada dua jenis :
a)  Pempolimeran  tambahan
b) Pempolimeran kondensasi


Pempolimeran tambahan
1.   Monomer-monomer tak tepu yang mengandungi ikatan ganda dua antara dua atom karbon menjadi pempolimeran tambahan.
Monomer
Polimer
a)   etena
 polietena (polietena)
b)  kloroetena (vinilklorida)
Polivinil klorida (PVC) (polikloroetena)


c)   propena

 jadual - contoh-contoh polimer sintetik (hasil pempolimeran tambahan) dan monomernya.



Pempolimeran kondensasi
Molukel-molekul kecil seperti air, H20, dan ammonia, NH3, terbebas semasa pempolimeran kondensasi.
Monomer
Polimer
a)  Asid adipik dan heksanadiamina
Nilon
b) 1, 4-dikarboksilbenzena dan etena-1,2-diol
Terilena
Jadual – contoh-contoh polimer sintetik (hasil pempolimeran kondensasi) dan monomernya.


Selasa, 25 Oktober 2011

Polimer Semula Jadi


Polimer semula jadi

1.   Polimer semula jadi ialah polimer yang wujud secara semula jadi.
2.  Polimer ini biasanya dihasilkan oleh organisma hidup.
Polimer semula jadi
Monomer (molekul kecil)
Getah
Isoprene
Selulosa
Glukosa
Kanji
Glukosa
Protein
Asid amino
Lemak
Asid lemak dan gliserol
Asid nukleik
nukleotida
Contoh-contoh polimer semula jadi dan monomernya


Asid amino (monomer protein)
Glukosa (monomer kanji dan selulosa)

Rajah 2 – formula struktur asid amino dan glukosa









Rajah 3 – pempolimeran isoprene menjadi poliisoprena (getah)

Polimer


polimer

·        Polimer ialah rangkaian atom yang panjang dan berulang-ulang dan dihasilkan daripada sambungan beberapa molukel lain yang dinamakan monomer.
·        Monomer-monomer ini mungkin serupa, atau mungkin juga mempunyai satu atau lebih kumpulan kimia yang diganti.
·        Perbezaan-perbezaan ini boleh mempengaruhi sifat-sifat polimer seperti keterlarutan, kebolehan untuk dilenturkan atau kekuatan.
·        Dalam protein, perbezaan-perbezaan ini membolehkan polimer menjadi suatu struktur tertentu, bukannya menjadi lingkaran rawak.
·        Sungguhpun kebanyakan polimer ialah polimer organik, terdapat juga polimer inorganik, yang juga dikenali sebagai polimer sintetik.
·        Istilah polimer merangkumi kumpulan molekul yang besar, termasuk protein dan gentian Kelvar yang mempunyai kekuatan tinggi.
·        Satu sifat yang membezakan polimer daripada molekul besar lain adalah pengulangan unit-unit atom (monomer) dalam rangkaian.
·        Hal ini berlaku ketika proses pengpolimeran, di mana banyak molekul monomer bersambung antara satu sama lain. Contohnya, dalam proses pembentukan polietena, ribuan molekul etena bersambung untuk menjadi lingkaran -CH2- berulang.
·        Lazimnya, polimer dinamakan daripada unit monomernya. Istilah polimer berasal daripada perkataan Yunani polus yang bermakna "banyak" dan meris yang bermakna "bahagian".
·        Oleh sebab polimer-polimer dibezakan dengan monomer-monomer utamanya, rangkaian polimer dalam sesuatu bahan biasanya tidak sama panjang; tidak seperti molekul-molekul lain di mana setiap atom mempunyai jisim molukel relatif yang sama.
·        Kejadian ini berlaku kerana rangkaian polimer hanya berhenti berlingkaran selepas pemanjangan rangkaian yang berlaku pada selang masa rawak.
·        Protein ialah polimer yang terdiri daripada asid amino. Daripada sedozen sehingga beberapa ratus monomer, yang terdiri daripada kira-kira dua puluh jenis, membentuk rangkaian polimer protein, urutan monomer menentukan bentuk dan aktiviti protein yang terbentuk.
·        Tidak seperti pembentukan polyetena, yang berlaku serta-merta dengan keadaan-keadaan tertentu, penghasilan biopoli seperti protein dan asid nukleik memerlukan mangkin.
·        Sejak tahun 1950-an, mangkin telah membolehkan penghasilan polimer sintetik berlaku. Dengan mengawal tindak balas proses penghasilan polimer, polimer dengan sifat-sifat baru, seperti polimer yang boleh menghasilkan cahaya berwarna dapat dihasilkan.





Rajah 1-monomer dan polimer


Pengenalan Polimer Sintetik

 Pengenalan

·        Polimer sintetik biasanya dikenali sebagai plastik, seperti polietilena dan nilon.
·        Walau bagaimanapun, kebanyakan polimer sintetik boleh diklasifikasikan dalam tiga kumpulan utama : thermoplastik, thermoset dan elastomer.
·        Polimer buatan manusia digunakan dalam banyak bidang; di antaranya industri pembungkusan, filem, gentian, kerja tiub dan paip dan lain-lain.
·        Industrian penjagaan badan menggunakan polimer untuk menolong membentuk yang mempunyai tekstur, kuasa pengikatan dan kekuatan menyimpan kelembapan yang diingini (seperti dalam gel rambut).
·        Polimer sintetik merupakan jenis polimer yang dihasilkan melalui sintesis kimia, produksi umumnya dilakukan dalam skala besar untuk kepentingan hidup manusia.
gel rambut
·        Bentuk polimer sintetik yang dihasilkan dapat berupa plastik dan serat buatan. Plastik merupakan polimer yang memiliki sifat mencair atau mudah mengalir jika dipanaskan, sehingga mudah dibentuk atau dicetak.
mainan kanak-kanak
·        Beberapa produk dari plastik misalnya, mainan anak-anak, selain itu, berbentuk lembaran seperti pembungkus makanan atau bahan dan berupa cairan pelapis cat kereta.
pembungkus makanan
·        Polimer sintetik lainnya adalah polimer termoset, polimer ini dapat dilebur pada tahap tertentu selanjutnya menjadi keras selamanya, dan tidak dapat dicetak ulang.
·        Bakelit adalah contoh yang mudah kita temukan sebagai casing pada peralatan elektronik, tandas, dan lain-lain.
·        Serat buatan merupakan produk polimer berupa untaian atau seperti benang yang dapat ditenun atau dijalin membentuk lembaran-lembaran tipis dan panjang yang kuat dan ulet.